Anda Mahu Menjadi Seorang Komunikator Berpengaruh? Ingin Tahu Bagaimana Memahami dan Menggunakan Bahasa Badan positif? Anda ingin Menguasai Seni Menarik Wang Pelanggan Melalui Seni Berbual-bual dan Berbicara?
Di sinilah tempat untuk Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan semua.
Seorang ibu pernah berkecil hati pada anaknya yang disahkan mengalami autisme hanya kerana tutur kata si ibu tidak dibalas dengan hubungan mata oleh anaknya.
Banyak cara yang diusahakan oleh si ibu bagi mengalihkan pandangan anaknya ke muka si ibu semasa berbual, namun tetap tidak berjaya.
Kemudian, si ibu merujuk anaknya kepada doktor pakar.
Hasil daripada pemeriksaan, barulah si ibu tahu yang anaknya dapat mendengar dengan baik melalui caranya sendiri.
Walaupun sedar mengenai kekurangan anaknya mengalami autisme, si ibu tidak pernah mengkaji apakah ciri-ciri utama sebagai seorang autisme.
Seorang autisme mempunyai kecenderungan mendengar dengan tidak bertentang mata dengan penutur.
Bayangkan situasi di atas.
Mendengar memerlukan teknik serta kefahaman yang jelas dengan siapa kita bertutur.

Konflik yang dihadapi oleh si ibu bermula dengan kekurangan pengetahuan ciri-ciri autisme yang dialami oleh anaknya hingga timbul rasa, anaknya tidak menghormati ibu.
Contoh ini memberi gambaran, mendengar serta memahami teknik komunikasi adalah kriteria penting dalam mengatasi sebarang konflik.
Mendengar adalah kemahiran yang banyak ditekankan dalam banyak aspek komunikasi terutamanya semasa perbualan atau percakapan seharian.
Mendengar juga adalah satu teknik komunikasi yang mencipta pengaruh!
Sebagaimana seorang ibu sukar berkomunikasi dengan anaknya, sama juga halnya apabila majikan mahu berkomunikasi dengan pekerjanya.
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan ingin menguasai teknik-teknik komunikasi yang berkesan dan berpengaruh? Kami ada solusinya, baca sehingga habis artikel ini.
Anda ingin mempengaruhi rakan sekerja dengan kata-kata yang ringkas?
Kejayaan seseorang pekerja secara berpasukan bukan sahaja bergantung kepada tahap profesionalisme dan kesungguhan kerja yang dipraktikkannya.
Sebahagian lagi aspek yang perlu diberi perhatian adalah keberkesanan jaringan perhubungan dirinya dengan orang lain.
Dalam kehidupan seharian, terutama dalam perbualan interpersonal, kegagalan komunikasi sering kali menyebabkan salah faham dan salah tanggapan di antara rakan sekerja.
Ramai yang menghadapi masalah untuk membina perhubungan sihat dengan majikan atau pekerja bawahan kerana masalah remeh seperti kekangan komunikasi, persepsi negatif, syak wasangka, gosip sekeliling dan masalah peribadi.
Walau bagaimanapun, perhubungan yang sihat boleh tercetus apabila komunikasi yang lebih berkesan berlangsung dalam sesebuah organisasi.
Dalam hubungan tersebut, kefahaman yang bersifat bertimbal balik mudah terjalin selagi kerelaan untuk mendengar dan berkongsi pendapat boleh dicapai secara bersama.
Amalan komunikasi yang sihat adalah dengan cara bertolak-ansur dan tidak gopoh membuat persepsi negatif.
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan ingin menguasai teknik-teknik komunikasi yang berkesan dan berpengaruh? Kami ada solusinya, baca sehingga habis artikel ini.

Setiap individu di pejabat pasti mahukan suasana yang aman di tempat kerja. Apabila individu dalam organisasi mengamalkan cara berkomunikasi yang berkesan, kelancaran penyampaian maklumat pasti mudah terlaksana.
Komunikasi yang berkesan juga, membolehkan hubungan antara rakan sekerja sentiasa dalam keadaan baik sekali gus menjadikan suasana bekerja lebih harmoni.
Andai berlaku salah faham dalam sesuatu hubungan, ia adalah kerana ada halangan dalam penyampaian itu.
Tip-tip menjaga hubungan baik semua pihak di tempat kerja adalah:
- Fokus pada maklumat, bukannya pada penyampainya.
- Dengar dahulu dan nilai kemudian.
- Komunikasi bertulis juga penting jika maklumat gagal disampaikan secara lisan.
Anda ingin menjadi majikan yang sedia didengari oleh kakitangan bawahan?
Syarikat Air Asia mengurangkan halangan komunikasi dengan melenyapkan jurang antara kakitangannya. Mereka tidak bersaing sesama sendiri, sebaliknya bekerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.
Pekerja dan majikan boleh makan bersama untuk berbincang idea dan bertukar-tukar fikiran. Oleh yang demikian, sebarang rasa tidak puas hati dapat dibincang bersama.
Situasi sebegini mewujudkan rasa dihargai kepada pekerja. Pekerja merasakan pendapat mereka diraikan dan organisasi tempat mereka bekerja seperti menjadi milik mereka.
Dalam syarikat-syarikat besar Jepun, pengurusan tertinggi banyak bertindak sebagai fasilitator berbanding sumber autoriti. Informasi dan inisiatif mengalir daripada bawah ke atas. Secara tidak langsung kaedah ini membuka ruang seluas-luasnya untuk pekerja mengemukakan pandangan dan idea.
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan ingin menguasai teknik-teknik komunikasi yang berkesan dan berpengaruh? Kami ada solusinya, baca sehingga habis artikel ini.
Inilah Autisme Komunikasi Pekerja
Lain orang, lain cara mendengar yang diaplikasikan. Cara mendengar oleh kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.
Berdasarkan kajian, sebanyak 45% masa komunikasi kita banyak dihabiskan bagi mendengar berbanding berbual yang mengambil sebanyak 35%. Manakala membaca sebanyak 16% dan menulis sebanyak 9%.
Ini adalah antara kedudukan tertinggi masalah yang sering berlaku di organisasi. Ada beberapa sebab berlaku masalah ini.
Antaranya pihak atasan terlalu ’bossy’ dengan kakitangan mereka. Mereka tidak mengendahkan masalah yang berlaku di peringkat bawahan, tidak memberikan penerangan yang jelas mengenai tugasan diberikan. Mereka lebih banyak memberikan arahan berbanding mendengar pandangan dan mendapatkan maklum balas. Ini yang mengwujudkan komunikasi kabur (miscommunication)

Bayangkan apabila komunikasi tidak berkesan, bagaimana keadaan dan senario pengurusan di organisasi itu?
Lima langkah berkesan bagi meningkatkan komunikasi yang lebih terbuka antara majikan dan pekerja yang disarankan dalam buku ”hubungan manusia dalam organisasi” iaitu:
- Interaksi antara pihak pengurusan dan kakitangan bawahan.
- Bertanya khabar, berbual-bual dengan kakitangan.
- Berbincang sekali dalam sebulan
- Beri komen terhadap prestasi kakitangan.
- Beri ganjaran dalam bentuk pujian atau pengiktirafan.
Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan ingin menguasai teknik-teknik komunikasi yang berkesan dan berpengaruh? Kami ada solusinya, baca sehingga habis artikel ini.
Siapa Learning Facilitatornya?
Mohd Ikram Muhammad Nor Wazir Graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Seorang bekas aktivis dan pemimpin mahasiswa yang aktif. Sudah terserlah bakat kepimpinan dan memberikan pengisian berbentuk motivasi & komunikasi sejak di zaman mahasiswa lagi.
Menceburi bidang penerbitan buku sejak tahun 2006 sebagai editor perolehan di PTS Millennia Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengurus ratusan penulis tempatan dan Indonesia menjadikan beliau pakar negosiasi dan komunikasi organisasi pada tahun 2008. Atas kecemerlangan dalam aspek kerja, beliau dinaikkan ke jawatan editor kanan dan diberikan tanggung jawab mengetuai unit itu pada tahun yang sama.
Kecemerlangan pentadbiran beliau dengan dibantu para ahli pasukannya menjadikan PTS Millennia sebagai anak syarikat Kumpulan PTS paling cepat berkembang dan memberikan jualan tertinggi kepada Kumpulan PTS. Pengiktirafan kepada kecemerlangan ini, beliau dinaikkan ke jawatan Pengurus Penerbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. pada tahun 2010.
Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah motivasi pembangunan diri. Beliau juga menjadi penceramah alam sekitar untuk beberapa badan korporat antaranya Fraser & Neave (F & N). Beliau juga adalah co-founder untuk Sekolah Bakat yang digagaskan bersama beberapa rakan seperjuangan.
Penulis bersama buku Anggun Di Luar, Serlah Pesona Dari Dalam terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. yang menjadi bestseller di kedai-kedai buku seluruh Malaysia

Siapa wajib menyertainya?
- Salesman / Jurujual
- Majikan / usahawan yang ingin melatih jurujualnya.
- Para pegawai kerajaan ataupun swasta yang ingin memperkasa kaedah komunikasi.
- Pegawai khidmat pelanggan yang ingin memajukan diri dan mengurangkan konflik antara pelanggan dan kakitangan
- Pemimpin politik, setempat atau persatuan.
- Para pendidik, guru, ibu bapa dan pensyarah
- Suami & isteri yang ingin memantapkan komunikasi intim.
- Ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah dan memperkasa kemahiran komunikasi mereka.
Apakah Kandungan Program 2 Hari Ini?
MODUL 1 : Kepentingan Komunikasi Moden
MODUL 2 : Memahami Proses Komunikasi
MODUL 3 : Mengalihkan Maklumat Dengan Menggunakan Komukasi Asertif
MODUL 4 : Komunikasi Non Verbal
MODUL 5 : Menjadikan Komunikasi Bekerja untuk Kita
MODUL 6 : Kemahiran Mendengar
MODUL 7 : Mengelakkan Komunikasi Kabur
MODUL 8 : Menakluk Ketakutan Berkomunikasi
Berapakah yang pihak Tuan-Tuan, Puan-Puan & Cik Puan-Cik Puan sanggup melabur untuk menghadiri bengkel beraura tinggi ini. Kami berikan jaminan para peserta yang hadir ke bengkel 2 hari ini akan memperoleh:
- Mengenalpasti kemahiran komunikasi anda dan membinanya.
- Bercakap dengan jelas dan berkeyakinan
- Menangani ketidaksetujuan secara verbal dan konfrontasi secara mudah
- Membina satu satu perhubungan dengan cepat dengan sesiapa saja.
- Menangani isu di tempat kerja dengan mudah dan selesa
- Menggunakan kemahiran sosial dengan efektif dalam interaksi
- Mendengar dengan aktif dan keberkesanan komunikasi berganda.
Benarkah apabila kami mengatakan segala kemahiran yang diperoleh di atas boleh membawa nilaian ringgit melebihi ratusan ribu? Tentu semua bersetuju! Segala kemahiran di atas boleh digunakan untuk memastikan kredibiliti Tuan-Tuan, Puan-Puan & Cik Puan-Cik Puan meningkat, jualan yang dibuat bertambah dan menjana keuntungan berkali ganda.

Jadi berapakah yang sanggup dilabur untuk nilaian sehebat ini?
RM5,000? RM3,000? RM2,000?
Tuan-Tuan, Puan-Puan & Cik Puan-Cik Puan tidak perlu membayar pada jumlah ini tetapi hanya perlu membayar
RM650 sahaja
Ya, hanya yuran yang dinyatakan di atas ini. Yang lebih menarik dengan yuran sebanyak ini, Tuan-Tuan, Puan-Puan & Cik Puan-Cik Puan bukan sahaja memperoleh kemahiran-kemahiran di atas sahaja.
Tidak cukup dengan itu, pihak kami menyediakan beberapa bonus yang tidak mungkin diperoleh di tempat lain. Hanya di program anjuran Akademi Usahawan ini sahaja
Khidmat Rundingan Oleh Pakar Perunding Akademi Usahawan

Tidak seperti penyedia latihan keusahawanan lain, apabila habis sahaja kursus para peserta ditinggalkan begitu sahaja. Pihak kami mengadakan klinik usahawan satu bulan dua kali bergantung kepada jadual yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan Akademi Usahawan. Selalunya yuran untuk sesi satu jam bersama para pakar runding kami adalah RM50 per jam. Bagi para peserta program ia adalah percuma.
Keahlian Percuma ALUMNI FN Education Group

Pihak kami mewujudkan satu komuniti ALUMNI buat para peserta bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis, Akademi Usahawan dan Akademi Protokol. Pelbagai keistimewaan yang diperoleh para ALUMNI kami. Ia hanya akan didedahkan apabila para peserta secara rasmi menjadi ahlinya nanti. Yuran keahlian adalah RM200 setahun. Namun bagi para peserta yang hadir kursus ini ia diberikan percuma seumur hidup.
Diskaun Untuk Menghadiri Program-program Anjuran FN Education Group

Para peserta juga akan mendapatkan keistimewaan dengan memperoleh diskaun tinggi hingga 20% bagi penyertaan mana-mana program lain anjuran FN Education Group. Ini adalah penjimatan yang cukup baik di samping memperoleh ilmu terbaik daripada para pakar terbaik industri
Yuran asal adalah RM650, namun tawaran tahun baru sehingga 21 Mei 2011. Yuran hanyalah
Yang lebih menarik, dengan yuran ini Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan tetap memperoleh semua bonus yang ditawarkan dalam program ini. Apa tunggu lagi BERTINDAK SEKARANG!!
Selepas tamat tempohnya ia akan kembali kepada yuran asal. Ini bagi memudahkan azam tahun baru Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan menjadi kenyataan.
Ya benar! Kursus serupa dianjurkan oleh para perunding latihan lain pada kadar lebih tinggi dan ada yang mencecah sehingga RM2,500 untuk dua hari.
|
Daftarkan diri sekarang juga
Mungkin besok hari, tempat untuk Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik Puan-Cik Puan sudah terisi
Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh hubungi
AKADEMI USAHAWAN
(anak syarikat FN Education Group)
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
Telefon: (+6) 03 4149 2560 Faks: (+6) 03 4149 3560 E-mel: latihan@akademiusahawan.com.my
Penolong Pengurus Latihan Umum & Kerjasama Strategik, Cik Nur Atiqah Abdul Rahman boleh dihubungi di (+6) 012 962 8698 ataupun email nuratiqah@fauzulnaim.com.
PS : Kursus keusahawanan ini adalah terhad dan tidak diadakan setiap bulan. Kesibukan trainer tidak memungkinkan permintaan diadakan pada bulan seterusnya. Mungkin ini peluang pertama dan terakhir tahun ini.
PSS : Konsultasi adalah serendah RM350 sejam untuk seorang dengan minima 3 jam (RM350 X 3 jam = RM1050) apabila bertemu. Hanya dengan kerjasama strategi bersama Akademi Usahawan akhirnya memungkinkan kosnya pada nilai kursus keusahawan ini.

